Wednesday, December 22, 2010


GARISAN

1.1 Terbentuk daripada hasil cantuman
deretan titik-titik
1.2 Ataupun satu susunan siri titik-titik yang
bersambung
1.2Garisan adalah unsur asas dalam menghasil
seni tampak
1.3Tanpa garisan,kita tidak dapat menghasil
tulisan dan lukisan

STENSILAN

1.1 Menghasil imej dari keratan kertas pendua
atau profilem
1.1 Satu kaedah menggambar menggunakan alat
yang telah ditebuk atau dilubangkan pada
kertas pedua
1.2 Stensilan terbahagi kepada 2 bahagian :
i. Bahagian positif
ii. Bahagian negatif

LUKISAN

1.1 Adalah satu hasil kerja seni mengguna teknik
sewarna
1.2 Hasil 2Dimensi menggunakan media kering
1.3 Contoh media :
i.Pensel warna
ii.Arang,Krayon
iii.Pensil,marker pen
iv.Pen mata bulat,pen manuskrip,dll

MONTAJ

1.1 Hasil karya seni di atas permukaan 2 Dimensi
1.2 Menggunakan bahan media basah
-penggunaan berus dan warna
-media basah memerlukan pelarut seperti
air atau minyak
1.3 Contoh media basah
i. Warna air/water colour
ii. Cat
iii.Cat minyak
iv. Warna poster


MOTIF

1.1 Motif adalah rupa asal sesuatu corak berpunca
daripada flora atau fauna yang boleh dibahagikan
kepada 2 kategori:
i. Organik
ii.Geometri

GURISAN

1.1 Adalah satu teknik menggambar atau mencorak secara
mengguris bahan yang disedia menggunakan benda
tajam seperti paku,gunting,pisau dll

1.1 Adalah satu kaedah menghasil karya dengan cara
menekap untuk mendapatkan jalinan asal

KOLAJ

1.1 Kolaj ertinya potong atau koyak dan gam
1.2 Adalah satu teknik menghasil karya secara guntingan
atau carikan kertas dan menampal bahan tersebut
1.3 Bahan yang ditampal mestilah secara bertindan
1.4 Antara bahannya ialah kertas warna,akhbar,kain dll

GEOMETRI

1.1 Berbentuk segi tiga,segi empat ,bulat dan
rupa-rupa lain yang mempunyai sudut

CETAKAN

1.1 Cetakan ialah kesan daripada penerapan gubahan
gubahan yang dihasilkan pada sekeping permukaan
blok ataupun plat
1.2 Kesan-kesan itu terhasil melalui garisan atau ukiran
permukaan blok atau plat berkenaan sehingga imej
gubahan boleh dipindahkan ke atas kertas

LIPATAN DAN GUNTINGAN

1.1 Merupakan satu aktiviti membentuk
objek atau corak
1.2 Kaedah yang digunakan secara me-
lipat kertas tertentu, mengguntingkan
dan menampalkannya pada permukaan
bahagian kertas yang lain
1.3 Ianya menghasilkan corak positif dan
negatif

BONEKA

1.1 Boneka adalah seni patung
1.2 Membentuk haiwan atau benda-
benda dari bahan terbuang
1.3 Contoh bahan ialah
kertas,kain dll
1.4 Ada 3 jenis boneka :
i. Boneka jari
ii.Boneka tangan
iii.Boneka tali
iv.Boneka tongkat

BATIK

1.1 Berasal dari bahasa Indonesia bermaksud ‘ titik-titik ’
ataupun bunyi berdetik
1.2 Ada juga mengatakan berasal dari bahasa Jawa
iaitu tritik iaitu proses menghasil batik
1.3 Teknik digunakan adalah resis
1.4 Bahan utama warna batik,damar,fixer,parafin dan lilin
1.5 Biasanya batik menggunakan corak flora atau fauna
1.6 Ada 3 jenis proses batik :
I. Batik blok atau batik cap atau batik terap
ii.Batik skrin atau batik cetak
iii.Batik lukis atau batik tulis

TOPENG SERKUP

1.1 Topeng ialah sejenis alat yang direka untuk menutup
sebahagian atau keseluruhan kepala
1.2 Ianya digunakan untuk persembahan tarian,upacara
kebudayaan ataupun hiasan dinding
1.3 Jenis topeng ialah topeng mata,topeng muka dan
topeng serkup
1.4 Topeng Serkup ialah topeng yang menutup keseluruhan
bahagian kepala

ARCA

1.1 Adalah seni binaan 3 Dimensi yang direka sebagai
ciptaan berfungsi atau untuk menilai estetiknya
1.2 Bahan-bahan yang digunakan seperti logam,kayu
lilin,,Plaster of Paris,tanah liat,konkrik dan bahan
buangan.
1.3 Dihasil secara kegiatan membentuk,ukiran atau
binaan


1.1 Satu seni kraf tradisional
1.2 Menggunakan bahantara tanah liat,dibentuk,dibakar
dan digilapkan
1.3 Tembikar merupakan karya 3 Dimensi berbentuk fom
1.4 Bermula zaman primitif lagi.


1.1 Merupakan jenis permainan tradisional yang
popular di negara kita
1.2 Ada 2 jenis gasing :
i. Gasing Cina
ii.Gasing Tradisional
1.3 Sejarah : i. Buah berembang ii.Telur
Perkataan ‘ Gah ‘ - tegak


1.1 Assemblaj bererti menampal,memetri
atau menjahit objek sebenar pada
sesuatu permukaan kertas atau
pemidang agar nampak berbentuk
3 Dimensi
1.2 Ianya mempunyai tema yang sesuai
1.3 Setiap bahan mempunyai kaitan antara
satu sama lain


1.1 Satu hasil kegiatan membentuk yang mempunyai
rangka atau bingkai,imbangan,berekor dan dihias
dengan kertas atau kain bermotifkan corak digantung
atau diterbangkan ke udara bertalikan benang
1.2 Merupakan satu permainan tradisional masa lapang
1.3 Sejarah muncul 3000 tahun dulu di negara China
1.4 Wau terbahagi kepada 2 :
i. Wau cantik
ii. Wau tegak


1.1 Anyaman bererti menyusun bilah-bilah,helaian-
helaian atas bawah secara berselang-seli 1/1
1/2, 1/3, 2/3 dsb sehingga menimbulkan corak,
jalinan,bentuk dan akhirnya objek yang di
kehendaki
1.2 Anyaman terbahagi kepada 3 :
i. Anyaman buluh
ii.Anyaman rotan
ii.Anyaman mengkuang/pandan


1.1 Mozek ialah satu aktiviti guntingan atau koyak dan gam
bahagian tersebut sebelah menyebelah supaya
mendatangkan satu hasilan atau karya
1.2 Mozek juga bermaksud susun atur bahan sebelah
menyebelah untuk menjadikan corak
1.2 Contoh bahan seperti kertas,kain, dll


1.1 Mobail ialah suatu fom 3 Dimensi yang
mempunyai keseimbangan dan boleh
bergerak


1.1 Stabail ialah satu reka bentuk 3 Dimensi yang
tidak bergerak


1.1 Tenunan ialah proses menjalinkan benang
secara bersilang sehingga terhasil sehelai
kain bercorak.
1.2 Tenunan dikaitkan dengan kain songket.
1.3 Perkataan songket berasal dari perkataan
sungkit bermaksud mengangkat sesuatu
1.4 Bahan yang digunakan untuk corak ialah
benang emas


1.1 Ukiran ialah satu proses luakan ke atas papan
menggunakan pemahat dan pisau wali atau
pisau ukir dan mendatangkan corak berunsurkan
flora atau fauna
1.2 Ada 2 jenis ukiran :
i. Ukiran tebuk tembus
ii.Ukiran timbul

PEMBUNGKUSAN

1.1 Pembungkusan ialah bekas untuk memelihara
kualiti kandungan sesuatu benda.
1.2 Proses membungkus sesuatu benda dan
menghias bahagian permukaan kulit luarnya


GARISAN GRID
1.1 Garisan Grid ialah kombinasi garisan bersilang antara
satu dengan yang lain sama ada bersilang,menegak atau
melintang.
1.2 Melalui petak suatu rupa,motif atau corak dapat dihasilkan
1.3 Garisan grid digunakan membantu menghasilkan
struktur rekaan alam ciptaan tuhan ataupun benda-
benda
1.4 Susunan struktur disebut garisan grid


KALIGRAFI

1.1 Kaligrafi ialah seni tulisan cantik atau berhias
1.2 Tulisan ini juga disebut tulisan Italik,Manuskrip
atau seni khat
1.3 Contoh :
i. Old English
ii.Gothic
iii.Kaligrafer,Cloister Black,Chaucer dll


GOSOKAN

1.1 Gosokan ialah satu kaedah untuk mendatangkan
kesan atau jalinan dengan cara menggosok pada
permukaan tertentu


ORGANIK

1.1 Organik ialah rupa bentuk
tiada bersudut


MODEL

1.1 Model ialah pendua dari objek asal yang ditiru
sebagai hasil karya


FILOGRAFI

1.1 Filografi ialah karya seni yang dihasilkan
daripada gabungan warna-warna garisan
benang atau dawai yang diikat
mengikut bentuk –bentuk tertentu
di atas sekeping bod
1.2 Bahan diperlukan ialah seperti
bod tebal,papan lapis,paku,benang
warna,dawai tembaga,tukul besi dll


RESIS

1.1 Resis adalah satu kaedah penolakan warna
1.2 Ia juga proses yang mana warna air tidak
boleh bercampur dengan lilin atau minyak
1.3 Bahan yang digunakan ialah air,warna air,cat,
minyak,lilin dan krayon

CAPAN

1.1 Capan adalah satu teknik menghasil karya
dari imej yang sedia ada



No comments:

Post a Comment